Wednesday, July 15, 2009

Perubatan Homeopathy Di Malaysia

Perubatan Homeopathy Di Malaysia

Prof. Dr. Burhanuddin Helmi

Di Malaysia, sistem Perubatan Homeopathy diasaskan oleh seorang tokoh yang amat besar jasanya kepada tanah air iaitu Prof. Dr. Burhanuddin al-Helmy (1911-1969). Seorang yang gigih dan bergiat cergas dalam organisasi politik dan agama, salah seorang pengasas Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan pernah menjawat jawatan presiden Partai Islam Se Malaysia (PAS).Homeopathy dibawa masuk dan diperkenalkan ke tanah Melayu oleh Dr. Burhanuddin apabila beliau pulang ke Malaya pada tahun 1929. Beliau merupakan graduan daripada Ismaeliah Medical College, New Delhi.

Prof. Dr. Burhanuddin Bin Mohamad Noor ( M.D.H. Phd ) atau lebih dikenali sebagai Dr. Burhanuddin Helmi merupakan tokoh ulung yang dianggap sebagai pengasas Perubatan Homeopathy. Di lahirkan pada 29 Ogos 1911, di Kampung Changkat Tualang, Kota Bharu, Perak. Berasal dari keturunan bangsawan iaitu bapanya dari Jambu, Sumatera dan dikatakan seorang ahli sufi. Manakala ibunya, Syarifah Zahrah berasal dari keluarga ternama. Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Melayu Behrang, Ulu Perak dan berpindah ke Sekolah Melayu Sungai Bakap sehingga darjah 3.

Ketika ini beliau telah berjinak dengan dunia penulisan. Pada 1924 beliau telah di hantar oleh keluarganya ke Sungai Jambu Sumatera untuk mendalami ilmu agama selama 2 tahun. Pada 1927 beliau menyambung pengajian di sebuah pondok di Jitra , Kedah dan seterusnya di Madrasah Al-Mashor Al-Islamiyyah, Kepala Batas, Pulau Pinang. Dengan ketekunannya beliau dapat menguasai bahasa arab dengan baik.

Pada tahun 1928 beliau melanjutkan pelajaran ke Ismaeliah Medical Collage, New Delhi dalam bidang perubatan Homeopathy dan berjaya memperolehi ijazah. Di sini beliau dapat menguasai bahasa Inggeris, Jerman, Belanda dan Perancis. Setelah pulang ke tanah air, beliau mengembangkan ilmu perubatan Homeopathy di kalangan orang Melayu yang berminat, di merata-rata tempat termasuk di Singapura, Kuala Lumpur dan Taiping.

Ramai diantara penuntutnya menjadi sahabat karibnya dan ada diantara mereka ini yang masih lagi meneruskan usahanya dengan mengadakan kuliah-kuliah mengajar Homeopathy seperti Prof. Dr. Haji Mohamed Bin Yacob, Allahyarham Prof. Dr. Dali Muin, Allahyarham Prof. Dr. Muhammad Nor dan Dr. Abdul Rahman Bin Hashim. Hasil usaha Dr. Burhanuddin dan rakan-rakannya, Homeopathy menjadi semakin berkembang di mana klinik-klinik Homeopathy mulai tumbuh di seluruh tanah air. Namun demikian perkembangannya berlaku secara senyap sahaja.

Kedudukkan Homeopathy hanya mula di kenali pada awal tahun 80-an di mana ia mendapat sambutan masyarakat dari segenap golongan. Ceramah-ceramah Homeopathy dapat disampaikan di sekolah, kolej, institute pengajian tinggi dan di agensi-agensi kerajaan. Begitu juga Homeopathy mendapat tempat di media cetak dan media elektronik.

Pada tahun 1960 telah tertubuhnya sebuah persatuan Homeopathy yang pertama di Malaysia yang di kenali sebagai Persatuan Homeopathy Malaya, bagi memikirkan nasib, matlamat serta menggariskan perjuangan untuk dekad-dekad akan datang.

Persatuan ini didaftarkan secara rasminya pada tahun 1961 di mana Prof. Dr. Burhanuddin menjadi presiden pertamanya. Banyak jasa-jasa yang telah ditaburkan oleh Dr. Burhanuddin di antaranya menyuarakan isu-isu Homeopathy di parlimen semasa beliau menjadi ahli parlimen bagi tahun 1959 – 1964. Suaranya yang lantang menyebabkan aktiviti mengembangkan Homeopathy berkembang ke seluruh negara.

Pada 25 Oktober 1969, Dr. Burhanuddin telah pulang ke rahmatullah setelah berjaya menaburkan banyak jasa-jasa kepada masyarakat, orang melayu, Islam, politik tanahair dan merupakan pelopor kepada ilmu dan perkembangan Homeopathy di Malaysia. Tempat beliau di ambil alih oleh Prof. Dr. Mohd Nor Nordin di mana pergerakkan itu semakin bertambah aktif dan bertambah banyak bilangan peminat dan penyokongnya. Persatuan ini di ubah namanya kepada Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia (PPHM).

Read more >>

Pengasas Homeopathy

Pengasas Homeopathy

Dr Samuael Hanemann

Homeopathy adalah sistem rawatan yang telah diasaskan oleh Samuel Hahnemann seorang Doktor perubatan bangsa Jerman pada tahun 1790 setelah ia melakukan berbagai kajian sendiri . Samuel Hahnemann yang begitu kecewa dengan cara perubatan yang wujud pada zamannya dan menganggapkannya sebagai tidak berhasil, malahan kadangkala memudharatkan pesakit telah menulis sebuah buku perubatan berdasarkan penemuannya yang masih menjadi asas kepada pengamal

Homeopathy pada masa kini.

Penemuannya tentang kaedah rawatan ‘simila similibus curentur’ adalah hasil dari kajian yang di lakukan keatas dirinya sendiri dengan kayu dari kulit pokok Cinchona yang telah dikenali boleh mengurangkan/mencegah penyakit Malaria. Hahnemann ingin mengetahui bagaimana Cinchona boleh menjadi penawar untuk Malaria. Beliau telah memakan kulit cinchona ini dengan kadar yang sedikit tetapi berpanjangan.. Beliau membuat demikian sebab setelah membaca didalam sebuah `materia medica’ (bahan bacaan tentang ubatan) bahawa jika terlalu menggunakan cinchona ia boleh menyebabkan penyakit demam seakan Malaria!

Kajiannya telah menyebabkan Hahnemann demam dan gejala demam nya telah di rekodkan dengan begitu teliti sesuai dengan jiwa ‘meticulous’ yang di milkinya. Kemudianya ia telah menjalankan ujian kaji keatas 300 jenis penawar menggunakan kaedah ini. Dan hasil dari ini , prinsip asas dan materia medica homeopathy yang pertama, ia itu `Materia Medica Pura’ di terbitkan. Prinsip asas yang telah diumumkan adalah Penawar , jika diberikan didalam dos yang kecil akan menyembuhkan gejala penyakit yang penawar yang sama boleh timbulkan oleh individu yang sihat jika diambil dengan dos yang besar.

Suatu contoh ialah Allium Cepa atau Bawang Merah. Semua orang tahu yang mengupas dan memotong bawang merah boleh menyebabkan perit tekak dan pedih mata serta air mata meleleh dan hingus cair pun meleleh berserta dengan hidung terasa pedih.

Di dalam materia medica Homeopathy , penawar ini , boleh menyembuhkan seorang yang mengidap selsema pada peringkat awal dimana gejalanya adalah perit tekak, pedih mata dan air mata meleleh serta hidung pedih. Jika awal selsema itu tidak mempunyai gejala yang sama maka penawar untuk selsema itu bukan Allium Cepa tetapi penawar lain yang mempunyai gejala yang sama!


Sesiapa yang masih belum memahami konsep perubatan Homeopathy hanya perlu mencubanya sendiri dengan memastikan yang ubat yang diambil betul-betul mempunyai persamaan dengan penyakit yang dihidapi nescaya sudah tidak perlu lagi meraguinya! Yang sama menyembuh yang sama! Prinsip asas Homepathy yang telah mencetuskan sebuah revolusi didalam dunia perubatan! Pada tahun 1810, Hahnemann menerbitkan buku asas nya The Organon of Medicine yang dengan terang dan jelas menerangi kesemua prinsip rawatan Homeopathy.

Dr. Hahnemann mula mempraktikkan rawatan secara Homeopathy dan berjaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kronik yang sebelum itu tidak dapat dirawat. Beliau mendapat ramai pengikut dari kalangan Doktor semasa tetapi pada masa yang sama juga beliau menerima tentangan yang hebat dari kalangan para doktor. Di akhir hayatnya Homeopathy sudah begitu terkenal di Eropah, khususnya di Jerman dan di France.

Homeopathy terus berkembang ke England dan seterusnya ke Amerika Syarikat dimana ia mulai di popularkan oleh anak murid Hahneman sendiri ia itu Dr. Hering dan selepasnya Dr. JT Kent. Homeopathy kemudian berkembang subur di benua India dimana hingga kini pengamal Homeopathy yang paling hebat adalah yang dari India.
Seketika, Homeopathy sama hebatnya dengan perubatan Allopathy tetapi dikalahkan bukan di medan rawatan tetapi di medan politik kompani ubat!


Kini Homeopathy sedang menikmati kebangkitan semula dengan kegagalan sistem perubatan ortodox untuk menyelesaikan banyak dari masalah penyakit.

Ramai pesakit dan bakal perawat akan dapat memahami dengan lebih jelas perjalanan penyakit serta akan belajar mengenali diri dan keluargnya sebab Homeopathy menuntut supaya setiap individu yang ingin dirawat di teliti dan di faham jiwanya luar dalam.


Read more >>

Perubatan Homeopathy

Perubatan Homeopathy

Perlu diingat bahawa Perubatan Homeopathy ini bukan perubatan tradisional (bukan perubatan herba) atau perubatan moden yang lain.

Your Health Is Our Concern, Homeopathy Nature’s Medicine, Our Aim Is To Cure And Prevent Diseases, Homeopathy Treats Mind And Body As A Whole, Homeopathy Stimulates Vital Force, Homeo Remedies Safe And Non-Toxic, Sound Mind Gives Sound Health

"Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya"

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah"

Apakah Perubatan Homeopathy?

Sistem perubatan Homeopathy berlandaskan hukum alam semulajadi. Kaedah penyembuhan penyakit adalah dengan memberi penawar kepada pesakit bagi menggerakkan daya tahan badan untuk melawan penyakit itu sendiri. Perubatan Homeopathy merupakan satu alternatif bagi menyembuhkan pesakit. Homeopathy memandang penyakit dan simptom sebagai suatu yang dinamik. Dengan itu Homeopathy sebenarnya mengubat pesakit dan bukannya penyakit itu sendiri.

Perkara yang paling indah, Homeopathy memberikan kebebasan pemikiran dan pendekatan didalam mengecam undang-undang semulajadi. Homeopathy merupakan satu pendekatan yang relevan terutama dalam era teknologi moden. Sistem perubatan Homeopathy diiktiraf sebagai salah satu kaedah perubatan moden di seluruh dunia dan mempunyai kedudukan yang sama dengan perubatan lain seperti Allopathy, Aromatherapy dan Physiotherapy (yang diamalkan di hospital-hospital di negara kita hari ini).

Perubatan Homeopathy adalah berlainan benar dengan cara perubatan yang lain. Tujuannya adalah untuk memberikan kesembuhan yang sebenar-benarnya. Mengikis dan menghilangkan penyakit itu dengan sempurna. Homeopathy ialah diasaskan di atas undang-undang tabi’i atau natural law yang telah ditetapkan oleh Tuhan yang tidak akan bertukar dan berubah-ubah.

Ubat atau penawar Homeopathy itu bekerja segera atau memberikan kesembuhan disebabkan kuasa penyembuhan itu bergantung kepada kuat atau lemahnya kuasa hayat seseorang itu. Ramai yang tidak faham bagaimana rawatan Homeopathy boleh mengubat jiwa, menguatkan jiwa yang lemah dan menghilangkan perasaan sedih, mengubah watak yang baran, merawat anak-anak yang bebal dan sebagainya. Sebenarnya setiap penawar Homeopathy ada profile emosi dan psikologinya tersendiri dan mampu mengubah watak dan perangai yang bermasaalah.

Kenapa Ubat Homeopathy Tidak Boleh Ditelan?

Sebabnya amat mudah, ubat-ubat Homeopathy adalah selembut sutera dan kandungan bahan aktif pada ubat-ubat Homeopathy terlampau halus, sekadar untuk penyerapan ditisu manusia sahaja. Setiap bahan ubat mengandungi 0.0000000001mg atau 10-60.

Mengikut teori Homeopathy bahan aktif yang kuat akan memusnahkan sel-sel dalam badan sehingga menimbulkan banyak kesan sampingan, tetapi ubat yang sama jika diadunkan mengikut kaedah Homeopathy, dimana bahan aktif ubat akan dilarutkan dengan air suling dalam nisbah 1 titik bahan ubat dicampur pada 99 titik air suling ( 1: 99 ) dan dibacuh sehingga betul-betul larut, untuk menjadikannya 1 centicemal potensi.

Untuk dijadikan 2 c potensi, hendaklah diambil 1 titik ubat yang telah dilarut tadi dan dicampurkan pula dengan 99 titik air sulin dan digoncang sebanyak 100 kali untuk dijadikan 2 c potensi. Begitulah seterusnya sehingga tercapainya 30c potensi atau 200 c potensi.

Sebab terlampau halus bahan ubat pada Homeopathy, makan ubat-ubat Homeopathy,tidak boleh ditelan atau dimakan bersama dengan teh atau kopi kerana dikhuatiri ubat Homeopathy akan menjadi tawar atau anti-dotal. Oleh itu setiap ubat Homeopathy dikehendaki makan secara oral iaitu secara hisap, kemam, gigit atau kunyah supaya ubat-ubat tersebut dapat diserap melalui saraf-saraf dibawah atau diatas lidah pesakit. Dengan itu kesan ubat Homeopathy akan lebih cepat untuk mencapai penyembuhan.

Read more >>

Friday, July 10, 2009

Berkenalan dengan MAXPRO




.









maxpro ialah hasil gabungan garam mineral (bio-chemic salt) dan beberapa penawar rumusan Homeopathy tanpa dadah dan kesan sampingan yang telah melalui pelbagai kajian klinikal di seluruh dunia.


maxpro Rumusan Homeopathy ini telah di akui keberkesanan untuk mempertingkatkan kekurangan atau kemerosotan pada kualiti kesihatan seseorang dan menjana minda yang cergas dan produktif.


maxpro dibuat dari tumbuhan dan mineral seni ‘Bio-Chemic’ yang telah diperhaluskan serta mempunyai rasa yang manis.

Dengan proses inorganic di dalam minda mampu membuat perubahan kepada anda dan anak-anak anda.


InsyaAllah maxpro berfungsi melegakan keletihan dan memberi kepintaran kepada minda, hilang bebal otak, menguatkan daya ingatan dan memulihkan gangguan dan ketenangan minda.

Digunakan secara rumusan Homeopathy sebagai makanan kesihatan untuk membantu meningkatkan kecergasan mental dan fizikal serta melegakan keletihan saraf, lemah daya tumpu (concentration), daya ingatan (memory), tegang fikiran (stress), gugup (anxiety), gementar (nervous) dan menambah tenaga.

Semua penawar Homeopathy di impot dari luar Negara seperti England, Jerman, Pakistan dan India. Dalam Keadaan bagaimana pun, dispensing penawar Homeopathy adalah selamat kerana tiada kandungan dadah dan urusan ini boleh di rujuk kepada


BAHAGIAN FARMASEUTIKAL KEBANGSAAN, PUSAT RACUN NEGARA atau KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.


Homeopathy telah diiktirafkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada 13hb November 2000, mempunyai tanggungjawab untuk merealisasikan VISI KESIHATAN MALAYSIA. Visi ini menyatakan bahawa Malaysia akan menjadi negara yang mempunyai individu, keluarga dan komuniti yang sihat.





RAHSIA KECERDASAN MINDA DAN KECERGASAN FIZIKAL.

MAXPRO RUMUSAN HOMEOPATHY UNTUK KEBAIKAN MINDA DAN FIZIKAL ANDA DAN ANAK-ANAK ANDA.


MAXPRO amat baik diamalkan oleh semua peringkat usia daripada bayi, kanak-kanak, remaja, orang dewasa, orang-oarang tua dan orang sakit sebagai makanan tambahan kesihatan.

Kehidupan yang sihat dan sempurna bermula dari minda yang cerdas dan sihat. Hargailah peluang keemasan ini demi mengekalkan kesejahteraan hidup dan nikmatilah keajaibannya..insyaallah.


ANDA DI SYORKAN MENCUBA MAXPRO

RELAX DAN BERTENAGA


Semua insan mempunyai minda yang sama rata kecuali yang dianugerahkan oleh tuhan dan mempunyai IQ yang tinggi semenjak di lahirkan. Kita sering terlupa untuk "membaja" otak kita yang kepenatan, sedangkan kita sering membeli baju yang cantik dan mahal untuk menghiasi tubuh kita. Kehidupan yang sihat dan sempurna bermula dari minda yang cerdas dan sihat.

Hargailah peluang keemasan ini demi mengekalkan kesejahteraan hidup dan nikmatilah keajaibannya.


Segala masalah dan gejala-gejala di atas boleh di atasi dengan memakan MAXPRO kerana ianya dicipta khas sangat berkesan untuk membantu memulihkan segala masalah yang berkaitan dengan minda dan segala urat saraf dengan Cara :



1. Mencergaskan minda anda
2. Melegakan ketegangan minda
3. Memulihkan kembali daya ingatan minda
4. Memulihkan semua
5. Menstabilkan daya fikiran anda
6. Memberi ketenangan minda bila membuat sesuatu keputusan
7. Menajamkan minda supaya membuat keputusan dengan tepat
8. Memberi kepintaran kepada minda supaya anda anak anda bijak berfikir

Keistimewaan MAXPRO

· Boleh diambil bersama ubatan yang lain atau makanan kesihatan yang lain.

· Tidak memudaratkan minda dan fizikal anda.

· Amalan pengambilan yang berterusan 1 hingga 6 bulan akan memberi kesan yang
amat baik untuk kesihatan anda

· Barangan yang berkualiti dan dijamin, dikilangkan bertaraf GMP

· Tanpa Alkohol, bahan kimia dan dadah , dijamin halal

· MINDPRO cukup murah dan jimat, produk tempatan lebih murah dari luar negara.

· Bantu anak anda di peringkat awal, dan ia lebih yakin apabila dewasa, tidak

gementar atau gugup. Lebih yakin dengan kerjaya.

Adakah Anda Menghadapi Masaalah Berikut?

· Mengulangkaji pelajaran tetapi fikiran anda buntu.

· Belajar bersungguh-sungguh tetapi lemah daya ingatan dan mudah lupa.

· Sekiranya anda seorang pemimpin, pengurus, eksekutif, guru dan lain-lain,

tetapi perasaan anda gemuruh dan gementar menguasai diri.

· Sekiranya anda surirumah dan bekerjaya menghadapi pula tekanan kerja dan

mental dan tiada kesudahan.

· Menghadapi kerjaya yang mencabar tetapi mengalami keletihan mental dan fizikal.

maxpro Rumusan Homeopathy ini disediakan secara khusus bagi membantu;



§ Meningkatkan keupayaan otak, saraf, daya ingatan, kecerdasan minda (IQ), kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ).

§ Dapat mengatasi masaalah tekanan perasaan dan tekanan jiwa (stress).

§ Menaiktaraf kualiti pengaliran oksigen.

§ Mengekalkan kualiti pengaliran darah.

§ Mengekalkan keadaan jantung pada tahap terbaik.

§ Mengekalkan kualiti kesihatan dan menguatkan tenaga jasmani.

§ Mampu melawan alahan-alahan biasa.

§ Mempertingkat kualiti penglihatan.

§ Menambah kecergasan minda,emosi dan kreativiti (otak kanan).

§ Menguatkan daya hafalan (otak sebelah kiri).

§ Mengatasi masaalah ADD, ADHD dan Dyslexia.

§ Merawat masaalah saraf (takut, cemas, runsing, rasa rendah diri, putus asa,
murung, fikiran celaru dan mudah terkejut).

§ Melambatkan proses penuaan.

§ Berfungsi juga untuk menghilangkan sakit perut (senggugut untuk remaja).

§ Juga bertindak untuk membantu mengeluarkan kahak-kahak kuning yang terdapat didalam paru-paru.

§ Gugup dan tiada keyakinan diri / hilang semangat belajar.

Meningkat Dan Menguatkan

Anda seorang pelajar dan sentiasa memerlukan daya konsentrasi yang baik, tetapi anda cepat lupa maklumat yang telah dibaca atau tidak fokus apa yang diajar oleh guru.

Mengembalikan

Rasa tidak bertenaga atau cepat letih (terlalu banyak membaca), rasa malas serta bosan dan tidak bersemangat.

Mengatasi

Anda juga mengalami fobia dan sentiasa di dalam tekanan. Semasa peperiksaan anda sering rasa gugup, masih berdebar-debar dan ‘blank’ walaupun telah membuat persiapan awal untuk menghadapi peperiksaan.

Memulihkan

Fikiran terasa begitu lembap/kosong, kurang daya kreativiti dan berfikiran negatif, tidak ceria (pemarah/pemalu/rendah diri) kerana kurang berinteraksi.

Mengekang

Rasa ‘give up’ walaupun perkara yang mudah, senang tetapi terasa begitu susah dan cepat mengaku kalah.


Demi membina KEKUATAN MINDA selain permakanan berkhasiat, pembelajaran yang sistematik, NUTRIEN KECERGASAN MINDA AMAT PENTING DI AMBIL.

Read more >>